fb fb fb fb fb

MARITIM Terengganu lupus 131 bot nelayan Vietnam

PULAU REDANG, 19 Januari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Terengganu berjaya melupuskan 131 bot nelayan Vietnam untuk di jadikan sebagai tukun
di sepanjang perairan Terengganu sejak tahun 2010 sehingga kini.

Anggaran nilai bagi bot dan segala peralatan serta hasil adalah RM196.5 juta.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kaedah penenggelaman sebagai tukun merupakan satu inisiatif memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin.

Pada masa yang sama turut meningkatkan sektor pelancongan terutamanya aktiviti rekreasi selam.

"Bot-bot ini adalah bot tahanan atau bot tangkapan melaui op naga dan op kuda laut yg kita laksanakan pada tahun 2020 dan 2021.

"4 buah aset ni adalah tangkapan melalui aset-aset daripada APMM daripada Negeri Terengganu dan Pahang yangg melibatkan seramai 40 org kru," katanya ketika hadir menyaksikan proses pelupusan 4 bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak di perairan di sini.

Media Baharu