fb fb fb fb fb

Risiko jangkitan cacar monyet: KKM sedia 5 pelan strategi

PUTRAJAYA, 27 Mei - Kementerian Kesihatan menyediakan lima pelan strategi bagi menghadapi risiko kemasukan wabak cacar monyet ke Malaysia.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata ia merangkumi pengesanan awal kes, memperkukuh diagnostik, pengurusan kes, pengurusan kluster/wabak dan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat.

Beliau turut menegaskan tiada kes jangkitan dikesan di Malaysia setakat ini.

(Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin)

"Masyarakat kita masih lagi belum ada kes cacar monyet. Ada kes yang viral menyatakan satu kes kanak-kanak yang melepuh yang dikatakan cacar monyet disahkan HFMD dan bukannya cacar monyet,"beliau menjelaskannya dalam sidang media khas secara maya dari Geneva, Switzerland.

KKM telah mewujudkan 'Health Alert Monkeypox' dalam aplikasi MySejahtera.

Pengembara yang tiba dari negara endemik cacar monyet atau negara yang melaporkan kes, akan menerima peringatan setiap hari selama 21 hari untuk melaksanakan pemantauan kesihatan kendiri.

KKM juga telah membuat persiapan dan perancangan vaksinasi bersasar kepada kontak rapat kes cacar monyet sekiranya ada.

Media Baharu