fb fb fb fb fb

Masuk negara secara haram, perahu layar warga Perancis ditahan

MERSING, 27 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing, menahan sebuah perahu layar asing kerana memasuki perairan negara secara haram, di kedudukan 1.6 batu nautika timur dari muara Sungai Mersing, Johor, semalam.

Perahu layar tersebut ditahan menerusi rondaan Op JAKSA, melibatkan penahanan seorang nakhoda lelaki warga Perancis, berumur 44 tahun.


(APMM menahan perahu layar warga Perancis
yang memasuki perairan negara secara haram)

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran memaklumkan, pemeriksaan mendapati nakhoda tersebut tidak melaporkan ketibaan memasuki perairan negara.

Selain, tiada cop kemasukan ke negara pada dokumen perjalanan yang dikemukakan.

Tindakan dan siasatan dijalankan mengikut Akta Imigresen 1952, serta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Media Baharu