fb fb fb fb fb

RISDA rangka pelbagai inisiatif, majukan kebun getah terbiar

(Foto hiasan)

AYER KEROH, 5 September- Pelbagai inisiatif dan insentif dirangka pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi memajukan semula hampir 410,000 hektar kebun getah terbiar serta tidak bertoreh di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Produktiviti dan Pemasaran RISDA, Noor Azan Mohd Noor berkata, ia termasuk pelaksanaan Kempen Gerakan Peningkatan Produktiviti Getah (GPPG), dalam kalangan 221,000 pekebun kecil yang terlibat.

Tambahnya, menerusi kempen itu, RISDA menyasarkan jumlah keluasan kebun terbiar dan tidak bertoreh dapat dikurangkan sebanyak 80,000 hektar setahun.

"Ini antara satu pendekatan, kita mengadakan peningkatan produktiviti, kita hendak memastikan teknologi teknologi terutamanya untuk getah dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin di peringkat pekebun kecil melalui amalan pertanian baik (GAP). Disamping itu, kita kekalkan dari segi pendapatan keluarga ahli isi rumah, maknanya sasaran kita RM4,500 sebulan menjelang akhir tahun 2025.

Beliau berkata demikian selepas perasmian kempen tersebut dan Konvensyen Amalan Pertanian Baik, (GAP) di Ayer Keroh.

Antara insentif yang disediakan ialah skim getah matang, geran padanan dan peruntukan kemudahan insfrastruktur pemasaran termasuk peningkatan produktiviti getah, skim insentif produktiviti getah dan skim insentif lateks.


(Pengarah Bahagian Produktiviti dan Pemasaran RISDA, Noor Azan Mohd Noor)

Media Baharu