fb fb fb fb fb

Hub pengecasan EV akan ditambah - PDB

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Petronas Dagangan Bhd (PDB) akan menambah bilangan hub pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) di stesen minyaknya di seluruh negara.

Peningkatan jumlah hub itu akan diselaraskan bergantung kepada permintaan dan bilangan EV dalam negara.

Ketua Pegawai Operasi PDB, Khalil Muri berkata pihaknya kini mempunyai 25 hab pengecasan EV terutamanya di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Utara-Selatan.

"Kebanyakan pemilik EV akan mengecas kereta mereka di rumah dan hanya menggunakan hub pengecasan di stesen minyak atau pusat beli-belah untuk mereka yang pergi kerja di luar kawasan. Jadi baki yang charging di rumah, charging di pusat beli belah adalah baki yang kami kaji sekarang," katanya

Mengulas pelaksanaan subsidi minyak bersasar, jelas Khalil, PDB akan menunggu keputusan kerajaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang persiapan bagi inisiatif berkenaan.


(Foto Hiasan)

Media Baharu