fb fb fb fb fb

KUIPs tawar peluang pengajian kepada pelajar Thailand

PATTANI, 5 Oktober- Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) kini membuka peluang pengajian kepada pelajar Chongraksat Wittaya School, Pattani.

Chongraksat Wittaya School mempunyai 3,512 pelajar rendah dan menengah.

Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsa KUIPs, Profesor Madya Dr. Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli memaklumkan mereka boleh melanjutkan pengajian di Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Al Quran dan Sunnah, Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam dan Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan.

Bagi pelajar-pelajar yang memenuhi syarat, KUIPs akan menaja sepenuhnya yuran pengajian, wang sara diri dan juga penginapan.

Beliau memakumkannya ketika mengetuai rombongan KUIPs ke Chongraksat Wittaya School bagi memberi penerangan mengenai program yang ditawarkan untuk sesi Februari dan September setiap tahun.

Kunjungan itu diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara mereka terutama untuk pelajar-pelajar menyambung pelajaran ke KUIPs.

KUIPs yang ditubuhkan pada Mac 2013 dengan pengambilan pertamanya pada 15 Mei 2014 ketika itu mempunyai pelajar seramai 61 orang dan kini jumlah meningkat kepada 1,088 pelajar dari Malaysia manakala antarabangsa pula berjumlah 171 orang dari lebih 15 negara.


(Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsa KUIPs, Profesor Madya Dr. Abdul Basir Awang@Mohd
Ramli meluangkan masa menyantuni pelajar Chongraksat Wittaya School)

 

Media Baharu