SEREMBAN, 13 Mac-hak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Negeri Sembilan menggalakkan pekebun-pekebun kecil tanaman getah untuk menghasilkan pengeluaran lateks atau susu getah sebagai alternatif meningkatkan pendapatan mereka.
Timbalan Pengarahnya, Kamarul Azizi Mat Zin berkata pihaknya sentiasa berusaha untuk meyakinkan pekebun-pekebun kecil memandangkan lateks kurang mendapat sambutan berbanding getah beku atau sekerap.
"Kita telah turun ke lapangan untuk supaya pekebun kecil ni melaksanakan daripada segi pengeluaran lateks supaya pekebun kecil mendapat pendapatan yang
lebih daripada skraplah. Sesetengah pekebun fikir agak sukar. Tapi sebenarnya lateks ini memudahkan kerja kita. Pandangan atau persepsi pekebun kecil ini kita kena ubah", katanya ketika ditemui RTM di Pejabat RISDA, Seremban.
Dalam pada itu, usaha tersebut juga dilihat bagi menyumbang kepada capaian sasaran penghasilan lateks dalam negara berikutan kira kira 80 peratus kegunaan domestik bahan berkenaan adalah hasil import.
(Timbalan Pengarah RISDA Negeri Sembilan, Kamarul Azizi Mat Zin)