
KUALA LUMPUR, 6 November – Beberapa kawasan di Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga pukul 12.00 tengah malam ini.
- Perak: amaran melibatkan Batang Padang dan Muallim.
- Pahang: Raub, Temerloh, Bentong, Bera, Pekan, Rompin, Maran, Lipis dan Cameron Highlands.
- Sarawak dan Sabah: kawasan terjejas termasuk Telang Usan, Beluru, Belaga; Pensiangan, Tenom, Sipitang, Kudat, Paitan, Labuk, Sugut, Telupid.
- MET Malaysia: amaran ribut petir apabila hujan melebihi 20 mm sejam atau berterusan lebih satu jam; amaran sah sehingga enam jam setiap keluaran.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan kawasan Batang Padang dan Muallim di Perak.
Di Pahang, kawasan terjejas ialah Raub, Temerloh, Bentong, Bera, Pekan, Rompin, Maran, Lipis dan Cameron Highlands.
“Sementara itu, di Sarawak, amaran melibatkan Telang Usan dan Beluru di Miri serta Belaga di Kapit.
“Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Pensiangan, Tenom dan Sipitang di Pedalaman, Kudat serta Paitan, Labuk dan Sugut serta Telupid di Sandakan,” menurut kenyataan tersebut.
Menurut MET Malaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.
Amaran itu merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.