KUALA LUMPUR, 26 Januari- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri sehingga 1.00 pagi esok (27 Jan).
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Di Kedah, kawasan terlibat seperti Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar, di Pahang (Cameron Highlands, Bentong, Temerloh dan Bera), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat).
Amaran sama turut melibatkan seluruh kawasan di Pulau Pinang, Melaka dan Labuan.
Sementara itu, kawasan terlibat di Sarawak meliputi Miri dan Limbang, manakala di Sabah, merangkumi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).