KUALA LUMPUR, 11 November- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Pulau Pinang hingga enam petang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 3.05 petang, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis dan Melaka manakala Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
Keadaan sama diramal melanda Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
Bagi Pantai Timur, kawasan terjejas di Kelantan adalah Jeli, Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) manakala Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Rompin).
Selain itu, kawasan terjejas di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau manakala Johor membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Di Sarawak, kawasan yang diramal terjejas adalah Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Nabawan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud). - BERNAMA