fb fb fb fb fb

Mesyuarat kedua Sidang Belia Wilayah Persekutuan 2024 terima 13 usul

Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 11 November- Mesyuarat kedua Sidang Belia Wilayah Persekutuan penggal 2024 berakhir hari ini, menyaksikan 16 usul dibentangkan, dengan 13 usul diterima dan tiga ditolak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, mesyuarat akhir 2024 itu memberi platform kepada belia untuk menyuarakan pandangan dalam usaha memperbaiki dasar dan polisi di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

"Menyokong langkah kerajaan dalam apa ni isu Palestin, mereka sebulat suara menyokong untuk menolak keanggotaan rejim Zionis Israel daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

"Kita lihat kali ini mereka agak fokus pada isu-isu berkaitan dengan Labuan dan kita telah bincangkan khususnya berkenaan dengan infra dan utiliti asas seperti elektrik dan air," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Penggulungan Sidang Belia Wilayah Persekutuan di sini.

Selain itu, peruntukan sebanyak RM500,000 telah disalurkan untuk kajian Jambatan Labuan–Menumbok. Peruntukan itu diharapkan dapat meningkatkan ketersambungan wilayah berkenaan.

Dalam pada itu sidang berkenaan juga menyokong cadangan penubuhan badan alumni untuk memastikan pandangan dan idea belia terus dimanfaatkan dalam pembangunan Wilayah Persekutuan.

Beliau juga mengucapkan tahniah atas perbahasan matang dan berharap usaha itu memberi impak positif pada masa depan Wilayah Persekutuan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI