fb fb fb fb fb

Ribut petir, hujan lebat melanda kebanyakan negeri hingga 9.00 pagi

Foto hiasan

PETALING JAYA, 11 Mei- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan sehingga pukul 9.00 pagi ini.

Menurut METMalaysia beberapa kawasan yang terlibat seperti negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung).

Selain itu, di Pahang melibatkan Bera dan Rompin, Selangor (Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di negeri Sabah (Pedalaman-Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

ROSLINA BINTI DIN