KUALA LUMPUR, 10 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita bergelar ibu di seluruh negara.
Seri Paduka turut menyampaikan ucapan khas kepada Raja Permaisuri Agong sebagai penghargaan atas kasih sayang dan peranan baginda dalam membesarkan anak-anak.
Baginda bertitah, penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan ibu tidak sepatutnya terhad pada tarikh tertentu, sebaliknya perlu menjadi amalan berterusan.
“Sebagaimana dititikberatkan dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW, ibu adalah insan mulia yang wajib dihormati dan ditaati. Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu,” titah Baginda.
Hari Ibu diraikan pada 11 Mei setiap tahun.