fb fb fb fb fb

Gempa bumi magnitud 3.0 landa Lahad Datu

Gempa bermagnitud 3.0 berlaku pada kedalaman lima kilometer

LAHAD DATU, 11 Mei - Satu gempa bumi lemah berukuran magnitud 3.0 berlaku di kawasan Lahad Datu, Sabah awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), kejadian direkodkan pukul 4:06 pagi dengan kedalaman lima kilometer dan berpusat kira-kira lima kilometer di barat daya Lahad Datu.

“Penilaian awal menunjukkan gegaran mungkin dirasai di sekitar Lahad Datu. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” jelas METMalaysia dalam kenyataan hari ini.

Jabatan itu akan terus memantau perkembangan terkini dan menasihatkan orang ramai supaya merujuk laman rasmi atau aplikasi MyCuaca bagi maklumat sahih.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD