fb fb fb fb fb

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 6.00 petang

Foto fail

KUALA LUMPUR, 29 Ogos -Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri hingga pukul 6.00 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, negeri yang dijangka terlibat ialah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak.

"Keadaan sama turut diramal berlaku di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut dan Setiu), Pahang (Cameron Highlands), Selangor, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, selain Johor (Mersing)," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, di Sarawak kawasan yang terlibat ialah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman iaitu Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort.

"Manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman iaitu Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort," kata kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca semasa melalui laman web rasmi MetMalaysia.

TETITIA YUSOFF