fb fb fb fb fb

PM tunai solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara

Foto BERNAMA

PUCHONG, 29 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama seribu jemaah di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara 5, Puchong, Selangor.

Ketibaan beliau pada pukul 1.25 tengah hari disambut Timbalan Ketua Polis Selangor, Mohd Zaini Abu Hassan, barisan pengurusan masjid serta para jemaah.

Turut hadir menyambut kehadiran beliau, penyanyi antarabangsa yang terkenal dengan lagu-lagu kerohanian, Maher Zain bersama barisan pengurusnya.

Khutbah Jumaat yang bermula pada pukul 1.35 tengah hari bertajuk “Perpaduan Kunci Kemerdekaan Yang Berkekalan” disampaikan oleh Imam Rawatib Masjid Al-Ehsan, Ustaz Ismail.

Antara intipati khutbah ialah kepentingan memahami kerangka kesatuan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, setiap rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang bebas mengamalkan agama dan budaya masing-masing.

Khutbah turut mengaitkan mesej tersebut dengan Piagam Madinah yang digagaskan Rasulullah SAW, apabila kaum Yahudi dan golongan Musyrikin diberikan kebebasan berpegang pada kepercayaan mereka selagi mematuhi piagam berkenaan.

Selesai menunaikan solat, Perdana Menteri sempat beramah mesra bersama jemaah sebelum berangkat menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE).

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello