fb fb fb fb fb

Ribut di Pendang, 11 rumah rosak

PENDANG, 20 Mac - 11 rumah di dua buah kampung daerah Pendang rosak selepas dilanda ribut, petang semalam.

Kejadian bagaimanapun hanya melibatkan kerosakan harta benda dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang Leftenan (Pertahanan Awam) Yuslina Yusoff berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 6.30 petang itu melibatkan lima rumah di Felda Sungai Tiang dan enam rumah di Kampung Titi Akar.

Kebanyakan rumah mengalami kerosakan dibahagian bumbung yang diterbangkan angin.

(Kejadian ribut diĀ Felda Sungai Tiang danĀ  Kampung Titi Akar)

Manakala sebahagian lagi mengalami kerosakan dibahagian dinding akibat dihempap pokok tumbang.

Leftenan (Pertahanan Awam) Yuslina berkata, anggota APM bertindak membersihkan kawasan itu dengan memotong dahan pokok yang tumbang dan menghalang laluan jalan.

Media Baharu