fb fb fb fb fb

Pembekal perkhidmatan telekomunikasi tidak berkualiti, dikesan

LABUAN, 20 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan ada pembekal perkhidmatan telekomunikasi di Labuan tidak menyediakan perkhidmatan berkualiti.

Pengerusinya Datuk Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata, susulan kerja-kerja bekalan perkhidmatan yang tidak menepati sasaran, perkhidmatan di beberapa lokasi mempunyai kelompongan dengan capaian internet yang sangat rendah.

Pengesanan dilakukan dalam satu lawatan dan pemeriksaan kualiti perkhidmatan kualiti secara rawak di lima lokasi dengan pembekal tidak melaksanakan perkhidmatan sewajarnya.

Justeru kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan oleh pembekal perkhidmatan kini dipantau SKMM dan sekiranya terdapat kelewatan daripada jadual yang ditetapkan, penalti akan dikenakan.


(Fadhlullah terdahulu melawat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Kampung Sungai Labu)

"Sebabnya adalah mungkin berkaitan peralatan yang perlu diperbetulkan. Mungkin akan mengambil masa tiga hari jadi, kita akan pantaulah. Cukup tiga hari kalau tak perbaiki, akan dikenakan denda. Ada yang mungkin memerlukan masa sebulan, kita pantau untuk sebulan, jika tidak siap dalam masa sebulan denda akan dikenakan juga," kata Fadhlullah di sini.


Media Baharu