fb fb fb fb fb

Ribut badai Langkawi, pokok tumbang jejas lalu lintas, rosakkan kediaman penduduk

FOTO APM LANGKAWI

LANGKAWI, 23 Jun- Beberapa batang jalan di Langkawi, terhalang akibat pokok tumbang selepas hujan lebat dan ribut yang melanda sejak semalam hingga awal pagi tadi.

Pokok tumbang menyebabkan beberapa buah rumah penduduk rosak.

APM Langkawi menerusi satu kenyataan memaklumkan, Pusat Kawalan Operasi dan Daerah PKOD Daerah Langkawi menerima panggilan kecemasan sejak 1.30 pagi tadi.

Antara jalan yang terjejas ialah Kampung Mata Ayer, Jalan Bukit Malut, Jalan Teluk Yu, Kampung Kelubi, Jalan Ayer Hangat, Kampung Kubang Badak, Jalan Lebuhraya Cenang, Kampung Belanga Pecah dan Kampung Keda.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten Pertahanan Awam Khairul Afzan Md Yasin berkata kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.

Beliau juga mengharapkan penduduk daerah itu sentiasa peka dan prihatin dengan keadaan cuaca semasa. Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat di berapa kawasan di utara semenanjung sejak petang semalam.

MetMalaysia memaklumkan, hujan lebat dijangka melanda Perlis, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim).

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE