PUTRAJAYA, 23 Jun- Ahli-ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir ke Pra Majlis Sesi Pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 2024 yang diadakan di Kompleks Seri Perdana hari ini.
Pertemuan itu diadakan secara tertutup menjelang pembukaan sidang Dewan Rakyat esok.
Kenderaan-kenderaan membawa Ahli Parlimen mula memasuki perkarangan Kompleks Seri Perdana sejak pukul 10 pagi.
Pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 2024 akan berlangsung esok, 24 Jun sehingga 1 Ogos 2024.