fb fb fb fb fb

Rezeki tanah terbiar buat Iskandar dan pasangan

MASJID TANAH, 8 Mei- Sepasang suami isteri tekad menjadikan tanah terbiar di Kuala Linggi, Melaka untuk menanam nanas sebagai sumber pendapatan.

Hasil usaha itu ia mereka berjaya menjadi pengusaha tanaman nanas MD2 terbesar di negeri itu.

Dalam tempoh lima tahun, pasangan berkenaan mempunyai 42 ekar tanah tanaman nanas yang diusahakan melalui “Fionanas”.

Tanah terbiar yang dibeli 20 tahun lalu oleh pasangan Fiona Tahir bersama suaminya, Iskandar Zulkarnain di Kuala Linggi membuahkan hasil.

Untuk permulaan, mereka menanam sebanyak 14,000 pokok nanas untuk satu ekar tanah.

Fiona menceritakan ketika dia mula menjual nanas MD2, "alhamdulillah 14,000 hasil tanamannya berjaya dijual, namun ianya masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Kebanyakan pelanggan berkata nanas yang dijual sedap. Jadi, kita pun menambah lagi satu ekar secara berperingkat. Kini, saya menjalankan perniagaan ini secara serius."

Bagaimanapun, sewaktu pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) mereka juga turut terkesan apabila berlaku lambakan buah sehingga ada yang rosak dan terpaksa dibuang.

Menurut Iskandar, terlintas difikiran pada ketika itu untuk menghasilkan produk berasaskan nanas seperti jus, buah potong, sambal, teh, kopi, lilin dan biskut.

Bagi Iskandar,"perkara yang paling penting dalam Fionas adalah kita mahu menyediakan produk yang terbaik untuk pelanggan. Biarpun harganya sedikit tinggi, namun kualitinya akan tetap dijaga."

Kebangkitan itu berjaya apabila mereka mampu mengeluarkan 16 tan buah nanas dengan nilai julan sehingga RM80,000 dalam tempoh sebulan.

Hasil tanaman nanas MD2 mereka kini menjadi perhatian dan sering mendapat permintaan daripada hotel bertaraf lima bintang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

(Iskandar Zulkarnain dan pasangannya, Fiona Tahir)

Media Baharu