fb fb fb fb fb

Reruai bantuan guaman akan dibuka pada Rabu pertama setiap bulan

Presiden Badan Peguam Malaysia, Karen Cheah

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Reruai bantuan guaman akan dibuka pada hari Rabu pertama setiap bulan di semua mahkamah di Semenanjung Malaysia.

Presiden Badan Peguam Malaysia, Karen Cheah berkata inisiatif berkenaan merupakan hasil kerjasama Badan Kehakiman, Bantuan Guaman Kebangsaan Majlis Peguam dan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dalam usaha meningkatkan bantuan guaman kepada mereka yang memerlukan.

"Ini merupakan inisiatif kita untuk membuka reruai di setiap mahkamah di Semenanjung Malaysia. Apabila orang ramai datang ke mahkamah, boleh mendapatkan khidmat bantuan dan wakil guaman", katanya selepas pelancaran Hari Bantuan Guaman di Mahkamah Kuala Lumpur.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hadir menyempurnakan majlis tersebut.

Setakat ini, terdapat 14 pusat bantuan guaman di Semenanjung Malaysia yang berjaya memberi bantuan kepada 124,000 orang.

Tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada YBGK bagi membantu lebih ramai golongan yang tidak berkemampuan mendapatkan perkhidmatan guaman yang adil.

ROSLINA BINTI DIN