fb fb fb fb fb

Operasi kantin sekolah di Negeri Sembilan diteruskan pada bulan Ramadan

Foto fail

GEMAS, 11 Mac- Pengoperasian kantin sekolah di seluruh Negeri Sembilan diteruskan seperti biasa sepanjang bulan Ramadan. 

Menurut Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) Datuk Dr Roslan Hussin, ia adalah bagi memudahkan pelajar bukan Islam untuk membeli makanan ketika waktu rehat.

"Kalangan Islam yang tidak berpuasa itu ialah kanak-kanak berumur di antara 12 tahun ke bawah, belum lagi mencapai tahap mumaiyiz. Jadi kita paksa kalau bentuk latihan. Tetapi kalau berpaksa, mereka berpuasa itu perlu berikan perhatian yang sewajarnya. Jadi kantin mesti dibuka untuk 479 buah sekolah di Negeri Sembilan", katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan, melawat serta taklimat bersama guru-guru di Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin sempena Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2024/2025 di Gemas.

Negeri Sembilan merekodkan seramai 174,110 murid sekolah rendah dan sekolah menengah, memulakan sesi persekolahan 2024/2025 pada hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pemakaian seragam sekolah di negeri itu kekal mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementeriaan Pendidikan Malaysia (KPM) ketika cuaca panas.

Terdahulu, media melaporkan KPM kekal dengan garis panduan sedia ada sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi musim panas.

ROSLINA BINTI DIN