fb fb fb fb fb

Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 10

FOTO BOMBA RAWANG

RAWANG, 12 Februari - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditemui maut, dipercayai terjatuh dari tingkat 10 flat di Taman Tun Teja, di sini hari ini.

Mayat mangsa ditemui terbaring dengan kecederaan parah di kepala selepas penduduk terdengar dentuman kuat di atas bumbung tangki air petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 3.17 petang.

"Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba, anggota bomba menemukan mayat seorang remaja perempuan. Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Media Baharu