IPOH, 22 Oktober - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terperosok ke bawah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Hala Bandar Baru Tambun tengah malam tadi.
Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan, mangsa berusia 17 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.19 tengah malam.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pihak bomba menggunakan peralatan khas 'air lifting bag' bagi mengangkat kenderaan terbabit untuk ruang kerja mengeluarkan mangsa.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.