KUALA LUMPUR, 22 Oktober - Bilangan penduduk terjejas banjir di Perak dan Selangor dicatatkan berkurangan kepada 465 orang setakat 9.00 pagi, berbanding 498 orang pada petang semalam.
Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, di Perak seramai 354 penduduk terjejas daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah melibatkan Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian.
"Manakala di Selangor, seramai 111 penduduk terjejas daripada 41 keluarga ditempatkan di tiga PPS yang beroperasi di dua daerah iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor," kata laporan itu.
Menurut laman sesawang Public Infobanjir, dua sungai Di Sarawak berada pada paras bahaya, termasuk stesen Marudi dan Sungai Dausan.