fb fb fb fb fb

Remaja lemas ketika memancing, mayat ditemukan dalam lombong

Mangsa, Muhammad Fazrul Qusry Ahmad Asmawi, 18, ditemukan pada kedalaman 4.5 meter oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA)/Foto Bomba

IPOH, 18 Mei – Mayat seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing bersama rakan-rakannya di sebuah lombong di Gopeng semalam, ditemukan pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Fazrul Qusry Ahmad Asmawi, 18, ditemukan pada kedalaman 4.5 meter oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bersambung pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa dipercayai hilang ketika cuba menyeberangi lombong tersebut.

“Operasi SAR dijalankan semalam diteruskan pagi ini dengan bantuan unit PPDA dan mayat mangsa berjaya ditemukan sekitar pukul 9.40 pagi.

“Mayat dibawa ke tebing sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jenazah dibawa ke hospital berdekatan untuk bedah siasat.

GRACE AISYAH KEDAYAN