KUANTAN, 6 Mei - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas dibawa arus di Sungai Pasir Puteri, Sungai Lembing, di di sini, petang tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata ketika kejadian, remaja tersebut yang berusia 14 tahun sedang mandi bersama keluarga di lokasi berkenaan.
(Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas dibawa arus di Sungai Pasir Puteri,
Sungai Lembing, di di sini, petang tadi)
Menurutnya, seramai 18 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota bersama empat buah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.35 petang.
Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuantan dan Pekan bersama satu jentera juga telah diarahkan ke tempat kejadian.
Turut dibantu empat anggota polis dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Lembing.
Ketika ini, pasukan bomba masih membuat operasi pencarian di kawasan sungai terbabit.