fb fb fb fb fb

Banjir di Pontian, surut sepenuhnya

PONTIAN, 6 Mei - Pusat pemindahan sementara,(PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya, Pontian yang menempatkan 19 penduduk terjejas daripada empat keluarga ditutup secara rasminya 5 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan berkata dua PPS, iaitu PPS SK seri Bunian ditutup semalam. Manakala PPS SK Seri Bukit Panjang, ditutup 4 petang tadi.


(PPS SK Melayu Raya ditutup secara rasmi 5 petang
selepas banjir di situ surut sepenuhnya)

Hujan lebat yang berterusan sejak kira-kira 5.30 pagi pada 4 Mei lalu menyebabkan beberapa rumah penduduk di Kampung Sri Segambut, Kampung Jasa Sepakat dan Kampung Bukit Panjang dinaiki air.

Susulan itu, tiga buah PPS dibuka, bagi menampung, keseluruhan 168 penduduk terjejas.

Media Baharu