fb fb fb fb fb

Remaja hilang seminggu ditemui selamat di Selayang

Remaja perempuan berusia 17 tahun, Alia Insyirah Hasfa’aswat yang dilaporkan hilang sejak 10 Ogos lalu, berjaya ditemui di Selayang / Foto Hasfa’aswat

ALOR SETAR, 16 Ogos – Remaja perempuan berusia 17 tahun, Alia Insyirah Hasfa’aswat yang dilaporkan hilang sejak 10 Ogos lalu, berjaya ditemui malam semalam.

Remaja berasal dari Alor Setar itu ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah rumah kondominium di Lake View Selayang, berdekatan Batu Caves, Selangor.

Bapanya, Hasfa’aswat Hassan ketika dihubungi RTM mengesahkan penemuan tersebut dan memaklumkan anaknya ditemui oleh pihak polis di kediaman berkenaan, yang dihuni rakan kepada kenalan anaknya.

Beliau menzahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada pihak polis dan semua yang terlibat, termasuk RTM yang menyiarkan berita kehilangan anaknya itu pada 11 Ogos lalu.

1608 KDH POLIS JUMPA ALIA INSYIRAH 2Alia Insyirah Hasfa’aswat ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah rumah kondominium di Lake View Selayang, berdekatan Batu Caves, Selangor / Foto Hasfa'aswat

Menurutnya, Alia Insyirah telah dibawa pulang ke rumah keluarga di Alor Setar.

Terdahulu, pada 8 Ogos lalu, Alia Insyirah dilaporkan keluar dari rumah keluarganya di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar bersama seorang rakan wanita menaiki sebuah kenderaan ke Pulau Pinang.

Bagaimanapun, dia gagal pulang pada tarikh yang dijadualkan iaitu 10 Ogos, menyebabkan ahli keluarga membuat laporan polis.

Hasfa’aswat turut berusaha mencari anaknya di ibu negara berbekalkan beberapa petunjuk yang diperoleh.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN