fb fb fb fb fb

Remaja 14 tahun maut jatuh tingkat 21

FOTO RTM

GEORGE TOWN, 15 September- Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah pangsapuri di Paya Terubong, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP), Abdul Rozak Muhamad berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam pada 8.06 malam sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

Pemeriksaan di lokasi mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Polis menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

SITI AISHAH BINTI MD ISA