fb fb fb fb fb

Remaja 14 tahun dikhuatiri diserang buaya di Sungai Kelai

Foto Bernama

DARO, 27 Disember - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang dan dikhuatiri diserang buaya di Sungai Kelai, Pulau Bruit petang semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa dikenali sebagai Agustine Fernando Nyalong dilaporkan hilang pada 5.45 petang.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menjala udang di sungai berkenaan berhampiran Jeti Sungai Kelai, Rumah Panjang Jingga.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Daro digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pencarian dijalankan di sekitar kawasan kejadian, namun sehingga lewat petang tadi mangsa masih belum ditemukan.

Pencarian dilakukan di sekitar kawasan kejadian, namun sehingga lewat petang, mangsa masih belum ditemukan.

Operasi ditangguhkan pada 6.30 petang dan akan disambung semula esok.

AZRUL FAIZAL JUSOH