fb fb fb fb fb

Banjir gelombang ketiga menjejaskan tiga daerah di Terengganu.

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Setakat jam 11 malam tadi, empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, menempatkan 207 penduduk terjejas banjir.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering di Kuala Terengganu menempatkan 71 orang setakat ini.

Di daerah Kuala Nerus pula, dua PPS dibuka iaitu SK Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot.

Sementara itu di Dungun, PPS Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan dibuka bagi menempatkan 13 penduduk terjejas banjir.

Dalam pada itu fenomena air pasang besar yang berlaku malam tadi terkawal dan tiada pemindahan direkodkan setakat ini.

AZRUL FAIZAL JUSOH