fb fb fb fb fb

Reka bentuk khas Harimau Malaya pada pesawat Airbus 330-300 dilancar secara rasmi

SEPANG, 8 Februari - Rakan penerbangan rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Malaysia Airlines secara rasmi melancarkan reka bentuk khas Harimau Malaya pada pesawat Airbus 330-300 syarikat penerbangan itu.

Ia menandakan kerjasama erat dan visi antara dua entiti yang sering mendapat perhatian utama rakyat Malaysia.

Bahagian luar pesawat diubah untuk mewakili secara visual dua ikon negara dengan mengintegrasikan jalur merah bendera Malaysia bersama lambang Harimau Malaya yang megah; melambangkan kerjasama, kekuatan dan perpaduan antara jenama.

Reka bentuk tersebut dihasilkan pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA dengan kerjasama FAM.

Majlis simbolik pelancaran diadakan di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines di Sepang, Selangor.

 

Media Baharu