RCI TH : Penambahbaikan tadbir urus sedia dilaksana, jaga kepentingan 10 juta pendeposit

Tindakan siasatan akan terus dilaksana

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Penambahbaikan tadbir urus sedia dilaksana agar kelemahan serupa tidak berulang dalam menjaga amanah serta kepentingan 10 juta pendeposit Tabung Haji (TH) terus terpelihara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan akan meneruskan tindakan siasatan bagi memastikan kesilapan diuruskan dan akauntabiliti dipertingkatkan.
  • TH bukan sekadar institusi kewangan; setiap ringgit adalah amanah dan harapan para pendeposit untuk menunaikan ibadat.
  • Perbahasan Laporan RCI membuktikan ketelusan kerajaan dalam mendedahkan fakta serta kebenaran pengurusan TH.
  • Institusi mesti berasaskan sistem, polisi, prosedur dan prinsip semak imbang untuk melindungi amanah pendeposit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan ketika menyatakan komitmen itu berkata kerajaan juga memberi jaminan tindakan siasatan akan terus dilaksana.

“Ini memberi sinar baharu kepada TH untuk terus maju ke hadapan. Ingatlah, TH bukan sekadar institusi kewangan. Setiap ringgit adalah harapan. Setiap sen adalah niat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci,”katanya ketika penggulungan perbahasan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, pendedahan serta perbahasan Laporan RCI di Dewan Rakyat membuktikan ketelusan kerajaan dalam memastikan fakta dan kebenaran berhubung pengurusan TH didedahkan.

“Institusi yang kukuh tidak boleh bergantung kepada individu, sebaliknya perlu berasaskan sistem, proses, kawalan dan tadbir urus yang jelas.

“Setiap keputusan dibuat berdasarkan undang-undang, polisi, prosedur, prinsip semak dan imbang serta kepentingan pendeposit.

“Ringkasnya, individu boleh berubah, tetapi sistem dan prinsip tadbir urus mesti kekal bagi memastikan amanah pendeposit sentiasa dilindungi,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.