fb fb fb fb fb

RCEP, tambah baik kemudahan perdagangan

ANHUI, CHINA, 10 Jun- Perkembangan aktiviti perdagangan dan peningkatan permintaan untuk pelancongan sentiasa berjalan seiring.
 
Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, Syed Farizal Aminy Syed Mohamad berkata pertumbuhan ekonomi yang dirangsang oleh peluasan perdagangan bawah Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP), dapat membantu menambah baik infrastruktur pelancongan, kemudahan, pengangkutan awam dan standard keselamatan.
 
Katanya, dengan lonjakan semula ekonomi China pasca pandemik, rantau Asia Pasifik mempunyai potensi cerah untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi global dengan sektor pelancongan menjadi antara penyumbang utama.

Beliau bercakap pada Forum Kerjasama Industri Kebudayaan dan Pelancongan dalam kalangan negara anggota RCEP pada Persidangan Kerjasama Serantau RCEP, di sini pada Jumaat.
  
Persidangan sehari itu turut menyaksikan 13 inisiatif baharu ditandatangani negara anggota RCEP bersama Wilayah Anhui, antaranya pertanian, pelancongan, teknologi dan kesihatan.
 
Malaysia turut menandatangani salah satu inisiatif kerjasama pendidikan di antara Kolej Universiti Antarabangsa INTI dan Kolej Teknikal dan Vokasional Bozhou.

(Syed Farizal Aminy (tiga dari kanan) pada Persidangan
Kerjasama Serantau RCEP yang berlangsung di Anhui, China)

Media Baharu