fb fb fb fb fb

Rasuah & salah guna kuasa: Amaran untuk semua parti politik

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 28 Jun- Kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim telah dibatalkan oleh mahkamah Pilihan Raya Terengganu setelah didapati wujud unsur rasuah dan sogokan ketika kempen di Parlimen itu pada PRU15.

Penganalisis sepakat, modus amalan sedemikian mencabar undang-undang serta mencemar prinsip demokrasi negara.

Menurut Profesor Dr Jayum Anak Jawan, Pilihan Raya perlu dibuat secara adil tanpa salahguna kuasa dan kedudukan.

"Semua sepatutnya bertanding di atas kebolehan kemampuan masing-masing bukan menggunkan kedudukan lepas, kedudukan sebagai parti memerintah, kedudukan sebagai menteri, kabinet sementara..kabinet baru belum jadi mereka menggunakan kemudahan-kemudahan pejabat untuk ke sini ke sana dan sebagainya.

"Jadi itu membuatkan satu 'moc of democracy, moc of' pilihan raya," kata Profesor Sains Politik UPM dan Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Prof. Dr Jayum Anak Jawan.

(Foto fail)

Bagi Profesor Dr Wong Chin Huat pula, isu pembatalan itu merupakan amaran untuk semua parti politik yang bertanding dalam mana2 Pilihan raya akan datang.

"Jangan berkempen dengan cara rasuah atau secara menyogok, jangan salahguna kuasa penyandang samaada sebagai kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri
sekalipun menang pada malam Pilihan raya. Kemenangan itu boleh digugurkan kemudian oleh mahkamah," Timbalan Ketua (Strategik) Ibu Pejabat Asia SDSN Sunway Unversity, Prof. Dr Wong Chin Huat.

Kedua-dua penganalisis juga berpendapat amalan rasuah dan salahguna kuasa perlu ditangani sebaiknya sekaligus menguatkuasa undang-undang bagi melindungi proses demokrasi pilihan raya yang bebas, bersih, adil dan berwibawa.

Media Baharu