fb fb fb fb fb

Aidiladha: Lebih 5 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya

(Foto Hiasan)

DENGKIL, 28 Jun- Lebih lima juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya, bersempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jumlah kenderaan dijangka terus bertambah secara berperingkat hingga 3 Julai.

Semua syarikat konsensi lebuh raya telah diarah untuk memastikan tiada kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan dilakukan dalam tempoh tersebut.

"Saya telah mengarahkan seperti masa cuti Raya Aidilfitri tidak ada kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan semasa 27 haribulan kelmarin hingga 3 Julai ini supaya tidak mengganggu kelancaran trafik semasa seminggu ini," katanya pada sidang media di kawasan rehat dan rawat (R&R), di sini hari ini.

(Menteri Kerja Raya, Datuk Serlexander Nanta Linggi)

Beliau sebelum itu meluangkan masa melawat dan beramah mesra bersama pengguna lebuh raya di R&R berkenaan.

Secara keseluruhan, purata harian trafik di Lebuh Raya Utara Selatan dijangka mencecah dua juta kenderaan.

Manakala Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur masing-masing boleh mencecah hingga 170,000 dan 60,000 kenderaan sehari.

Media Baharu