fb fb fb fb fb

Rasuah libatkan penjawat awam, kadar aduan tunjukkan penurunan

KUALA LUMPUR, 2 Disember- Kadar aduan kes rasuah membabitkan penjawat awam tahun ini, menunjukkan penurunan berbanding tahun 2021.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Razim Mohd Noor, setakat Oktober 2022, pihaknya telah menerima sebanyak 5,222 maklumat.

Razim menyifatkan kadarnya lebih rendah berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 6,463 maklumat.


(Setakat Oktober 2022, SPRM telah menerima
sebanyak 5,222 maklumat)

Berdasarkan perangkaan tangkapan SPRM dari tahun 2017 sehingga Oktober 2022, sejumlah 5,599 tangkapan telah dibuat.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,546 atau 48.82 peratus adalah terdiri daripada penjawat awam," katanya kepada pemberita pada pelancaran Anti-Rasuah Organisasi (OACP), Jabatan Penyiaran Malaysia bagi tempoh 2021-2025 di Angkasapuri, di sini.

Media Baharu