fb fb fb fb fb

Rapid KL On-Demand diperluas ke 13 zon, perkenal aplikasi baharu

Rapid KL On-Demand diperluas ke 13 zon, perkenal aplikasi baharu

KUALA LUMPUR, 7 Jun - Perkhidmatan Rapid KL On-Demand akan diperluas ke 13 zon baharu bermula 9 Jun.

Laluan terlibat antaranya MRT Semantan-Segambut, Sungai Buloh-Bandar Rahman Putra dan Kentonmen-Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) serta Serdang Raya Utara-Pavilion Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Rapid Bus Sdn Bhd, Amir Hamdan dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya turut memperkenal aplikasi baharu, Rapid On-Demand bagi memberi kemudahan kepada para pengguna untuk membuat tempahan.

Perkhidmatan Rapid KL On-Demand kini merangkumi 47 zon yang menawarkan perkhidmatan setiap hari bermula pukul 6.00 pagi hingga 11.30 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tersebut, pengguna boleh melayari media sosial rasmi Rapid KL atau laman web www.myrapid.com.my

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE