fb fb fb fb fb

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia, cecah lapan kematian

Allahyarham Abd Yazid Matt, 65 tahun meninggal dunia susulan serangan jantung

MINA, 8 Jun- Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci pada Jumaat (6 Jun) sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kepada lapan kematian, setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata kematian kelapan melibatkan seorang jemaah lelaki, Abd Yazid Matt, 65 tahun, di Hospital Pakar Al Noor, Makkah disebabkan serangan jantung.

Allahyarham yang berasal dari Kangar, Perlis berlepas menerusi penerbangan KT100 dan menginap di Maktab 82, Al Olayan Al Haram, Makkah, meninggal dunia kira-kira pukul 11.22 malam.

Lembaga Tabung Haji (TH) telah menghubungi waris Allahyarham serta akan mengurus sepenuhnya segala keperluan berkaitan pengurusan jenazah dan kebajikan jemaah yang terlibat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM