fb fb fb fb fb

Nahas di Jerantut, jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan

Jenazah lima sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Jalan Tronoh, Perak

BOTA, 8 Jun- Jenazah lima sekeluarga, termasuk empat beradik yang maut dalam kemalangan di Jerantut, Pahang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Jalan Tronoh, Perak pada pukul 1.45 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah dibawa dari Hospital Jerantut dan tiba di Masjid Jamek Bota Kanan sekitar pukul 12.30 tengah malam untuk disolatkan buat kali kedua.

Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian yang dihadiri ratusan ahli keluarga dan penduduk setempat.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 12.39 tengah malam apabila kereta yang dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), mengorbankan kesemua lima mangsa di lokasi kejadian.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Ikmal Ishak (26 tahun), Nur Arfiqah Aziz Jaafar (23), Nurul Hazwani Aziz Jaafar (17), Mohd Azizul Hakimi Aziz Jaafar (19) dan Mohd Zulkifli Aziz Jaafar (21), kesemuanya berasal dari Ulu Kinta serta Bota, Perak.

Dua mangsa dilaporkan tersepit dalam kenderaan manakala tiga lagi tercampak keluar akibat impak kuat daripada pelanggaran.

Tiga penumpang MPV iaitu dua lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Jerantut.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM