fb fb fb fb fb

Rancang perjalanan, rujuk Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) - PLUS

KUALA LUMPUR, 4 Februari - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan pengguna dari utara dan selatan yang ingin kembali ke Lembah Klang mulai hari ini hingga Ahad supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan mula memasuki lebuh raya sebelum pukul 9 pagi.

Menerusi kenyataan, PLUS memaklumkan berkata jumlah trafik meningkat pada hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina apabila Lebuhraya Utara-Selatan menyaksikan lonjakan trafik dari semua negeri.

Ia dijangka berulang pada hujung minggu ini, berikutan orang ramai yang mengambil cuti tambahan sempena cuti sekolah akan memulakan perjalanan kembali ke Lembah Klang.

“Kami menggesa orang ramai supaya merancang perjalanan pulang yang selamat dengan merujuk kepada TTA dikeluarkan," kata Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

PLUS membuat persediaan rapi untuk memastikan pelanggan lebuh raya menikmati perjalanan pulang yang selesa dengan menyediakan pasukan PLUSRonda tambahan untuk membantu mereka yang mungkin menghadapi masalah kerosakan kenderaan di lebuh raya.

“Pastikan baki kad Touch n Go atau Touch 'n Go e-Wallet (untuk transaksi RFID) anda mencukupi untuk menikmati perjalanan yang selesa di plaza tol dan sentiasa mematuhi SOP pencegahan COVID-19 di R&R serta hentian sebelah," katanya.

Dapatkan maklumat dan keadaan trafik terkini melalui platfom media sosial dan aplikasi PLUS.

Media Baharu