fb fb fb fb fb

Kerajaan Negeri Kedah bantu baik pulih rumah yang musnah kebakaran Rabu lalu



SUNGAI PETANI, 4 Februari - Lima buah rumah di Taman Intan Sungai Petani Kedah yang musnah dalam kebakaran pada Rabu lalu, akan di baik pulih.

Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Negeri Kedah Dr Robert Ling Kuii Ee berkata, ketika ini kerja-kerja menilai tahap kerosakan dan kerugian yang dialami sedang dilakukan oleh agensi dan jabatan berkaitan.

Penghuni rumah terbabit, kini tinggal sementara di rumah sanak saudara dan menyewa di kawasan berdekatan.

Robert turut menzahirkan rasa simpati dan sedih kerana kejadian berlaku pada hari ke-dua masyarakat Tiong Hua menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

"Saya sebagai exco perumahan saya akan bantu untuk baik pulih sikit. Selepas ini saya minta tuan rumah hantar laporan yang sudah ada. Seperti laporan polis bomba, semua perlu hantar kepada Pejabat Daerah. Kita akan sumbangkan apa yang sepatutnya kita boleh boleh tolong dari Kerajaan Negeri lah," kata Robert selepas meninjau dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk terlibat kebakaran.

Dalam kejadian itu lima rumah buah rumah mengalami kerosakan teruk.

Kejadian turut menyebabkan seorang lelaki dan seorang wanita melecur dikepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Punca dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan.


Media Baharu