fb fb fb fb fb

YSN bantu pulih kerosakan rumah anggota dan bekas polis akibat banjir hujung tahun lalu



TEMERLOH, 4 Februari - Yayasan Seri Negara (YSN) menubuhkan unit khas bagi pemulihan rumah anggota dan bekas polis yang ditimpa musibah banjir hujung tahun lalu.

Bantuan kewangan RM5,000 disumbangkan kepada setiap penerima yang terpilih untuk membaiki kerosakan rumah seperti pendawaian semula elektrik.

Penaungnya Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, inisiatif itu bagi menyantuni pegawai, anggota dan bekas polis yang berada dalam kesempitan selepas banyak harta benda musnah.

Usaha ini turut mendapat kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat seperti Mycoklat, Segastia, Malek Streams Corporation, Restoran Ali Maju Sdn Berhad.

"Kita dalam kajian sekarang dan kita akan fokus juga terhadap rumah yang terkesan yang mana sebab rosak disebabkan oleh banjir. Jadi kita akan lihat perkara tersebut dan sedang mengkaji untuk membantu," kata Mazlan selepas program sumbangan Amal peralatan elektrik dan wang tunai kepada 48 anggota dan pesara polis di Ibu Pejabat Polis Temerloh.

Menerusi program itu, kira- kira 400 orang pegawai dan anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, Shah Alam, Kajang, Sepang dan Temerloh menerima sumbangan peralatan berupa alat elektrik dan wang tunai.

YSN juga akan turun padang secara berperingkat ke IPD lain bagi menyantuni kira-kira 3 ribu anggota dan bekas polis yang terkena banjir.

 

Media Baharu