fb fb fb fb fb

Tun Dr Mahathir pulang ke rumah, tetapi masih jalani rawatan pemulihan

FOTO PEJABAT TUN DR MAHATHIR

KUALA LUMPUR, 4 Februari - Kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin baik dan dibenarkan pulang ke rumah sejak Rabu lalu.

Menurut kenyataan daripada pejabatnya, Ahli Parlimen Langkawi itu bagaimanapun perlu kembali semula ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.

"Tun Dr Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan pelawat.

"Beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut menyampaikan ucapan terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan daripada orang ramai," menurut kenyataan itu.

Media Baharu