(Pegawai kastam merampas 47 jenis ular sawa di Lapangan Terbang
Trichy/FOTO Twitter @isureshofficial)
PUTRAJAYA, 4 Ogos- Merujuk kepada kes rampasan ular oleh Kastam India di Lapangan Terbang Tiruchirapally, India, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memaklumkan bahawa pemeriksaan Kastam di bahagian pelepasan penumpang terhad kepada ‘hand carry baggage’ sahaja.
JKDM dalam kenyataan berkata penumpang tersebut telah mendaftarkan bagasi (check-in baggage) sebelum melalui kawasan pemeriksaan Kastam.
Bagasi berstatus ‘check-in baggage’ perlu didaftarkan di kaunter check-in sebelum penumpang melalui kawasan pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di pintu pelepasan.
(Pegawai kastam merampas 47 jenis ular sawa di Lapangan
Terbang Trichy/Foto Twitter @isureshofficial)
"Apabila penumpang melalui kawasan pemeriksaan Kastam, hanya bagasi/beg yang diikrar sebagai ‘hand carry baggage’ sahaja yang akan diperiksa menggunakan mesin pengimbas bagasi oleh pihak Kastam", menurut kenyataan itu.
"Dalam kes ini, penumpang tersebut telah mendaftarkan bagasi (check-in baggage) sebelum melalui kawasan pemeriksaan Kastam.
"Oleh itu, pihak JKDM tidak dapat memberi maklum balas bagi bagasi yang dibawa oleh penumpang yang berstatus “check-in baggage”.
Pihak JKDM sentiasa komited bekerjasama dengan agensi-agensi lain dalam mengawasi pintu masuk negara demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.
1 Ogos lalu, media tempatan melaporkan sebanyak 47 ekor ular sawa dan dua biawak dirampas pegawai kastam di lapangan terbang Tiruchirapally India yang dibawa seorang penumpang yang tiba dari Kuala Lumpur.
Penumpang itu dikenali sebagai Muhammad Moideen, berasal dari Chennai menaiki pesawat komersial Batik Air pada 29 Julai.
Berita Berkaitan:
India: Kastam rampas 47 ular sawa dibawa penumpang tiba dari Kuala Lumpur