fb fb fb fb fb

Ekspo 2020 Dubai, jana pulangan pelaburan lebih RM9 bilion - PM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Sebanyak 474 produk, teknologi dan perkhidmatan Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) telah berjaya dikomersialkan sepanjang tempoh 2016 sehingga 2022 dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata produk, teknologi dan perkhidmatan MCY membawa hasil pulangan melebihi RM540 juta sepanjang tempoh tersebut.

Tambahnya, penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai yang diterajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah berjaya menjana pulangan pelaburan dan perniagaan bernilai lebih RM9 bilion.

Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak MCY 2023 di Connexion Bangsar South, Kuala Lumpur.

MCY merupakan platform bagi mengiktiraf usahawan teknologi tempatan atas kejayaan mereka mengkomersialkan produk hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I) ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

Persidangan anjuran MOSTI itu bertemakan Supercharge Your Way to Impact berlangsung pada 3 dan 4 Ogos 2023.

Memasuki tahun ketujuh pelaksanaannya, MCY turut memasuki tahun ketiga fasa MCY 3.0 bertemakan MCY Goes Global, satu inisiatif pengkomersialan hasil R&D&I tempatan ke peringkat global.

Pada majlis tersebut, Anwar turut menyampaikan anugerah MCY kepada sepuluh usahawan teknologi tempatan sebagai pengiktirafan atas kejayaan masing-masing sepanjang tahun 2022.


(MCY merupakan platform bagi mengiktiraf usahawan teknologi tempatan atas
kejayaan mereka mengkomersialkan produk hasil penyelidikan, pembangunan
dan inovasi (R&D&I) ke pasaran tempatan dan antarabangsa.)

Media Baharu