fb fb fb fb fb

Rakyat sambut baik kekang penyebaran berita palsu, kandungan provokatif

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Rakyat menyambut baik usaha proaktif Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam mengekang penyebaran berita palsu dan kandungan bersifat provokatif di media sosial.

Tindakan tersebut penting bagi mengekalkan keharmonian masyarakat dan keselamatan negara.

Fahmi sebelum ini memaklumkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan penyedia perkhidmatan media sosial bagi membendung isu penyebaran berita palsu dan kandungan bersifat provokatif di platform tersebut.

Ketika ditanya pemberita RTM, Mohd Adli Mat Daud berpendapat, "banyak isu dan perkara negatif tidak dapat dielakkan daripada berlaku sesuatu di dalam negara kita. Jadi dengan pelaksanaan sekatan media melalui kaedah perundangan."

Bagi Low Qi Wei yang ditemui wartawan di ibu negara berkata, "sebarang isu sensitif seperti isu perkauman atau Raja-Raja Melayu perlu disekat."

Perkara tersebut turut dipersetujui Mohamad Ashraf Hakimi Mohd Adli, "bagi saya sebagai anak muda kita perlu diberikan sedikit sekatan. Supaya tiada pihak yang menyalahgunakan media sosial sebagai satu platform untuk menghasut pengguna media sosial."

Fokus pertemuan, tertumpu kepada perbincangan mengenai usaha meneliti aspek kawal selia dan perundangan.

Awal minggu ini, Fahmi mengadakan satu pertemuan dengan penyedia platform TikTok.

(Foto hiasan)

Media Baharu