fb fb fb fb fb

Rakyat Malaysia diminta berwaspada susulan cuaca buruk di New Zealand

Keadaan cuaca buruk melanda Lyall, Wellington, New Zealand. / Foto REUTERS

PUTRAJAYA 3 Mei: Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau rapat situasi selepas cuaca buruk melanda New Zealand, khususnya di Wilayah Wellington dan Canterbury.

Wisma Putra mengesahkan setakat ini tiada warganegara Malaysia dilaporkan cedera.

Rakyat Malaysia di New Zealand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa tempatan serta mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington juga berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di kawasan terjejas.

Semalam, kerajaan New Zealand memaklumkan bahawa kebanyakan amaran cuaca buruk telah ditarik balik.

Khamis lalu, Wellington dilanda angin kencang paling kuat dalam tempoh lebih sedekad, yang menyebabkan penutupan sekolah, pejabat dan pembatalan penerbangan.

Setakat ini, bandar Christchurch dan daerah Selwyn masih berada dalam keadaan darurat berikutan banjir berterusan dan penutupan jalan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Wellington telah dibuka semula, namun beberapa penerbangan masih terganggu.

MOHAN CHINNASAMY